KEMAS-KEMAS
Susah betul nak buat keputusan. Tapi akhirnya ia terputus jua. Hehe
Keputusannya, saya berpindah buku.
di http://atiqahnasir.blogspot.com.
Saje je sebenarnya.
BuBbye fs blog..isk2…
Buang Kolestrol
Lokasi: Rumahku Syurgaku
Buat pertama kalinya, petang tadi aku ‘join’ mak berkebun. Ya Allah, anak apa la aku ni. Seronok betul bila peluh keluar. Saya rasa lebih sihat! Yay!
Esok mesti buat lagi. Lagipun, esok pagi kan mak minta tolong untuk bersihkan kelas pemulihannya. Hmmm…
Manusia Merancang…
Lokasi: Gebeng, Kuantan.
Masalah yang aku hadapi bila cuti semester datang adalah perancangan aku semasa cuti.
Sebelum cuti, aku dengan keterujaan yang amat, akan merancang macam-macam.
Dari jual kuih rumah ke rumah hinggalah melancong ke korea (merepek!). Tapi, apa yang terjadi saban cuti, Atiqah cuma layak jadi bibik yang ‘berkakilebar’ di rumah mem besar Hasimah.
Pernah sekali, (baru-baru ini) aku ternampak iklan ‘vacacancy’ di kedai foto W** K***.
Dengan penuh semangat aku melangkah ke kedai tersebut. Tapi apa yang terjadi, aku keluar semula. Mulut aku ni berat betul nak tanya. Low self-esteem!
Cuba, try, test.
YA ALLAH,
Aku ingin mengadu lagi kepadaMu,
Apakah aku ini layak dipanggil hamba?
Apakah aku ini layak mengadu kepadaMu?
Aku malu padaMu,
Jarang aku mahu bersyukur dengan ni’matMu,
Yang ku tahu, meminta dan mengadu,
YA ALLAH,
Aku takut akan murkaMu
Aku takut akan siksaMu
Tapi aku masih jua begini,
Hati yang tak istiqamah,
Jiwa yang lemah,
Diri yang penuh sifat mazmumah,
Masih layakkah aku untuk syurgaMu?
Ampunkan hamba Ya ALLAH,
Untuk perbuatan hamba yang lepas, kini dan selamanya…
29th Mar 2007
2:28 AM
Uncategorized | Comment (0)Untuk Perempuan
Untuk seorang kawan yang aku sayang…
Untuk Perempuan - Sheila on 7
Jangan mengejarnya
Jangan mencarinya
Dia yang ‘kan menemukanmu
Kau mekar di hatinya
Di hari yang tepat
Jangan mengejarku
Dan jangan mencariku
Aku yang ‘kan menemukanmu
Kau mekar di hatiku
Di hari yang tepat
Chorus:
Tidaklah mawar hampiri kumbang
Bukanlah cinta bila kau kejar
Tenanglah tenang
Dia ‘kan datang
Dan memungutmu ke hatinya yang terdalam
Bahkan dia takkan bertahan tanpamu
Sibukkan harimu
Jangan pikirkanku
Hadirnya ‘kan menuntunku
Pulang kepadamu
Di hari yang tepat
Chorus:
Tidaklah mawar hampiri kumbang
Bukanlah cinta bila kau kejar
Tenanglah tenang
Aku ‘kan datang
Dan memungutmu ke hatiku yang terdalam
Bahkan ku takkan bertahan tanpamu
Aku yang ‘kan datang
Aku yang ‘kan datang
Aku yang ‘kan datang
Aku yang ‘kan datang
Aku yang ‘kan datang
Aku yang ‘kan datang
Aku yang ‘kan datang
Hari-hari Terakhir..
Tinggal dua hari saja untuk aku habiskan Latihan Mengajar aku secara rasmi.
Tapi minggu ini aku hanya mampu ternganga saja sebab banyak kelas dibatalkan sempena PMR. Bosan!
Sedih hatiku tak tertahan, mengenangkan semua yang akan berjauhan..
Aduh, berjiwa pula malam ini. Tapi secara jujurnya, memang sangat sedih nak tinggalkan mereka. 4 Jed, 4 Zamrud, rumah nombor 21.
Peralihan Perak? Ok, aku sedih sikit-sikit sudahlah.
Apa pun hidup akan tetap berjalan tanpa mempedulikan sekitarnya.
Kepada warga SMK Impian Emas, terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan.
Bazar Ramadhan
Hari ini baru hari ke-6 (ketika blog ini ditulis) kita berpuasa.
Aku tak sabar nak tunggu iklan petronas disiarkan dan juga lagu-lagu raya yang syahdu berkumandang di corong-corong radio.
Ada cerita yang boleh kita ketawa:
Semalam (Ahad) aku ke bazar ramadhan di Dahlia. Sambil aku berbaris untuk membeli roti john, tiba-tiba pak cik jual roti john tu sempat menyindir dengan sinisnya seorang kakak ni.
"Akak rambut kuning kene beli dua roti john. Biar cepat tumbuh rambut hitam"
Aku yang mendengar pun boleh tergamam. Wah, "laser" betul pak cik ni.
Aku sekadar ketawa.
Sebelum ke Dahlia, aku sempat pergi bazar ramadhan di Pulai. Jauhnya aku berjalan-jalan. Aku, Kak Yan dan Pui San.
Kami bertiga beli kuih seringgit seorang. Tapi kenapa Pui San punya ada tiga biji saje.
Rupa-rupanya dia dah masuk sebiji kat mulut masa berjalan.
Tiba-tiba ada pak cik ni tegur. "Wah amoi, dah buke puasa dah ye".
Pak cik-pak cik yang menjual kat bazar ramadhan ni memang macam tu agaknya.
Itu cara mereka nak beramah-mesra dengan pelanggan mungkin.
P/S: Semoga Hj Zailani, Hjh Supiatun dan adindaku Ahmad Aiman dapat mengerjakan umrah dengan tenang di sana.
Uncategorized | Comment (0)Kelas Peralihan Aku
Selepas loceng habis rehat dibunyikan, pelajar perlu berkumpul di tempat perhimpunan.
Sambil aku lalu di situ, aku terasa ingin menyapa Jia Wei dan rakan-rakan dari kelas Peralihan Perak.
"Awak sudah makan ke belum?" Aku
Jia Wei, "Saya belum. Dia tak belum. Dia tak belum."
Selepas 2 saat baru aku perasaan ayat Jia Wei.
Mungkin mereka tidak faham apa itu belum. Tips untuk bercakap dengan mereka:
- Anda perlu men’terbalik’kan bahasa anda mengikut struktur bahasa pertama mereka
- Anda mesti menggunakan perkataan yang biasa didengar oleh mereka.
Dalam ‘kambing-kambing’ mereka ni, kadang-kadang ada juga perkara yang boleh buat kau tersenyum.
Cikgu, saya pensel! = Cikgu, pensel saya!
Cikgu, ini olang aa…. = Cikgu, dia ni….
p/s: Kak La pernah cerita. Seorang pelajar peralihan datang kepadanya. "Cikgu, kaki saya sudah rosak". Mesej yang pelajar itu hendak sampaikan sebenarnya, ‘cikgu, kaki saya sakit’
Uncategorized | Comment (0)Pulling My Leg!
Sedang aku bersiap sedia untuk memulakan kelas (proses mendiamkan pelajar yang tak diam-diam), tiba-tiba aku nampak salah seorang pelajar ada di luar kelas. Aku, "Andy! Buat apa kat luar?! Masuk!" Dia tersengih kerang tengok aku. Tiba-tiba Faiz menyampuk dari dalam kelas. "Teacher, see inside the class." "Why?" Bila aku toleh belakang, oh tidak!!! Ada kembar rupanya budak Andy ni. Satu kelas pakat gelak kat aku. Geramnya!! Rupanya kembar dia duduk kelas sebelah. Patutlah…
Uncategorized | Comments (3)Minggu ke-3
Salam..
Masuk minggu ni, Alhamdulillah dah tiga minggu aku bergelar cikgu praktikal. Maknanya, lagi sembilan minggu mahu habis. Yahoo!
Baru masuk tiga minggu dah macam-macam kerenah aku jumpa. Lebih-lebih lagi dalam kelas Peralihan Perak. Macam duduk dalam zoo saja rasanya. Tapi setakat ini belum ada rasa give-up lagi. Atiqah mesti positif! Haha.
Kisah pahit dan manis sepanjang tiga minggu banyak sekali. Kalau dah masuk minggu ke-12 nanti macam mana eh.
Satu perkara yang aku perasan di SMKIE ini, ramai sungguh makhluk bernama Atiqah. Boleh dikatakan setiap kelas yang aku masuk, tak kira ‘relief’ atau kelas biasa, mesti ada Atiqah. Kalau tak ada, Shafiqah mesti ada.
Apa lagi ya? Minggu depan kami ada perkhemahan ko-kurikulum peringkat sekolah. Buat di Mersing. Akak housemate dah pesan beli sun-block dulu. Minggu seterusnya pulak, kem profesionalism untuk guru-guru. Di Mersing juga. Siapa-siapa guru yang bakal berkahwin bulan Ogos atau Disember, tidak digalakkan pergi. Jaga muka beb! Kalau bersanding kulit gelap semacam je, mesti tak seronok kan.
Uncategorized | Comment (0)